Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Rizab Petronas Meningkat RM36.5...

PENINGKATAN rizab tunai Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada RM164.7 bilion pada akhir Mac...

Korea Utara Patut Terima...

KUALA LUMPUR - Nama Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un,...

Remos Kambing ‘Handsome’ Yang...

KUALA KANGSAR - Di sebuah ladang di Enggor di sini terdapat seekor kambing...

Audit Negara Dapati Tiada...

KUALA LUMPUR - Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat pelaburan 1Malaysia Development...

Britain Akan Rampas Pasport Militan

LONDON – Perdana Menteri ­Britain, David Cameron  semalam menggariskan rancangan untuk merampas pasport militan Britain dan menghalang mereka pulang ke tanah air selepas berjuang di seberang laut.

Beliau turut mencadangkan sekatan pendaratan ke atas syarikat penerbangan yang tidak mematuhi senarai suspek militan yang dilarang menaiki penerbangan oleh London.

Setakat ini, kira-kira 500 rakyat Britain yang berjuang di Iraq dan Syria.

“Kami akan memperkenalkan rang undang-undang antikeganasan baharu di United Kingdom (UK),” kata Cameron semasa berucap di Parlimen Australia sebelum berlepas ke sidang kemuncak Kumpulan 20 Negara Maju dan Membangun (G-20) di Brisbane.

“(Melaluinya) kuasa baharu akan diberikan kepada polis di pelabuhan dan lapangan terbang untuk merampas pasport dan menghalang suspek (militan) Britain daripada pulang ke tanah air melainkan mereka mematuhi syarat kami.

“Kuasa baharu juga diberikan untuk menghalang syarikat penerbangan yang tidak mematuhi senarai larangan terbang kami daripada mendarat di UK,” tambahnya.


Media Britain melaporkan rang undang-undang itu yang akan diper­kenalkan di Parlimen pada bulan ini bertujuan untuk menghalang suspek militan dari Syria dan Iraq kembali ke UK untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun melainkan mereka mematuhi syarat ketat.

Antaranya termasuk individu tersebut pulang ke Britain dengan diiringi anggota keselamatan dan berdepan pendakwaan di mahkamah.

Anggota kawalan sempadan UK dan polis lapangan terbang juga akan diberikan kuasa untuk me­rampas pasport mereka yang disyaki merancang ke luar negara bagi melakukan keganasan. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori