Pengorbanan insan bergelar ibu bapa sememangnya tiada tolok bandingan.
Lagi pula, ibu bapa manalah yang tidak sayangkan anak bukan? Lagi-lagi melihat keadaan anak tersayang sedang bertarung nyawa akibat kanser.
Justeru seorang bapa penyayang, Hasni Hasan cuba sedaya upaya merealisasikan impian anaknya yang sedang bertarung dengan penyakit kanser untuk menaiki kereta BMW menerusi rayuan di satu status Facebook.
Alhamdulillah, berkat kebaikan hati ramai rakyat Malaysia permintaan adik Rayyan ini mendapat reaksi banyak pihak yang ingin membantu.
Paling mengujakan, kelab BMW E60 Malaysia turut mendengar suara hati adik kecil ini dan ingin memenuhi impiannya, Rabu ini.
Kesudian kelab ini dah pasti sedikit sebanyak memberi sinar kegembiraan buat adik Rayyan.
Tersenyum penulis melihat kemurahan hati begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin mahu membantu.
Mudah-mudahan, adik Rayyan akan segera sembuh agar dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : KAKAK BUNGA