MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 12 tahun selepas maut ditembak pihak polis yang menyangkakan pistol di tangannya adalah pistol sebenar.
Tamir Rice dari Cleveland, Amerika Syarikat, meninggal dunia semalam akibat insiden itu selepas pihak polis bertindak sebaik menerima panggilan mengatakan ada seorang budak menghalakan pistol di sebuah taman rekreasi kanak-kanak.
Pistol mainan yang digunakan Tamir.
Menurut pihak polis, sebaik sampai di tempat kejadian, Tamir disuruh menyerah diri tetapi sebaliknya berlaku apabila dia terus berdegil menghalakan pistol mainan ke arah anggota polis.
Panik dengan situasi itu, polis melepaskan dua tembakan yang membunuh kanak-kanak malang tersebut.
Sehubungan itu, dua anggota polis yang terlibat digantung tugas serta-merta bagi melancarkan siasatan kes yang mengejutkan penduduk di kawasan kejiranan tersebut. – MYNEWSHUB.CC