Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sangka Mengandung Selepas...

BENAR kata orang, rezeki mampu hadir dalam pelbagai cara walaupun adakalanya ia dirasakan mustahil.Allison...

Banjir: SKMM Perlu Cari...

KUANTAN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diminta mencari inisiatif untuk memasuki...

Berita Presiden PAS: Sinar...

KUALA LUMPUR - Sinar Harian memohon maaf kerana menyiarkan berita tidak tepat berhubung...

Dua Individu Buat Kacau...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan...

Bukit Aman Tangkap Anggota Khalistan Tiger Force

KUALA LUMPUR – Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang warga India berusia 36 tahun dipercayai anggota kumpulan pengganas Khalistan Tiger Force dalam satu operasi di Johor Bahru, Johor pada 24 Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki ahun itu yang menggunakan pasport palsu dari Nepal itu disyaki bersubahat dalam pembunuhan bekas Ketua Menteri Punjab Dan Rulda Singh dan Presiden Rashtariya Sikh Sangat pada Julai 2009 dan beberapa serangan bom di Punjab pada April 2010.

“Selepas insiden pembunuhan tersebut suspek dan Pemimpin Khalistan Tiger Force, Jagtar Singh Tara melarikan diri dan bersembunyi di beberapa negara termasuk Nepal dan Thailand sebelum memasuki Malaysia.

“Jagtar Singh Tara masih lagi diburu polis antarabangsa dan dipercayai masih lagi bersembunyi di salah sebuah negara di Asia Tenggara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid berkata, kejayaan menangkap anggota Khalistan Tiger Force itu hasil kerjasama rapat polis Malaysia dengan pihak berkuasa india.


Menurutnya, jumlah keseluruhan anggota kumpulan pengganas itu yang telah ditahan oleh polis Malaysia seramai enam orang sejak tahun 2009.

“Suspek ditahan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan yang sah. Suspek telah diusir ke India pada 5 November lalu,” katanya. – mynewshub.cc

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori