Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Kaji Kesan Jerebu...

SERDANG - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap industri pertanian negara terutamanya tanaman,...

Tampil Berniqab, Natasha Hudson...

PENAMPILAN baharu bekas model Natasha Hudson menerima kritikan positif daripada peminatnya dan pengguna...

PRK Chini: Cip Sharim...

PEKAN - Baru memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Bidas Pembangkang Perkecil Peranan...

TUARAN - Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa hari ini membidas tindakan seorang...

Bunuh Pemuda Berang Pakaian Dikencing

Manama – Seorang peniaga warga Bahrain berusia 46 tahun membunuh seorang rakyat Arab Saudi selepas mangsa kencing pada pakaian dijualnya di tepi jalan di bandar raya ini.

Defendan berkata, dia meletakkan pakaian terpakai yang dijualnya berhampiran sebuah hotel apabila pemuda Saudi berusia 21 tahun itu kencing di atasnya.

Dia memarahi pemuda berkenaan, tetapi mangsa bertindak balas dengan memakinya.

Pertengkaran terjadi sebelum mereka bertumbuk. Pemuda Saudi itu kemudian mengeluarkan pisau dan cuba menikam defendan.


“Saya memukulnya dengan kayu, merampas pisau itu dan menikamnya berulang kali. Saya hanya mempertahankan diri,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar tempatan melaporkan, seorang saksi melihat lelaki itu yang mengeluarkan pisau dari sakunya dan menikam pemuda Saudi berkenaan. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori