Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Australia Belanja A$3 Bilion...

AUSTRALIA memulakan program menyaingi pengaruh ekonomi China di Pasifik dengan bantuan bernilai hingga...

Orang Ramai Waspada Penipuan...

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan agar tidak melayani sebarang permintaan pembayaran atau...

Operasi Tren JB Sentral-Kempas...

JOHOR BAHRU : Operasi tren antara Stesen Johor Bahru Sentral (JBS) dan Kempas...

Remaja Curi 14 Tandan...

HULU TERENGGANU - Tindakan seorang remaja lelaki mencuri buah kelapa sawit menggunakan kereta...

Cameron Highlands : TPM Arah SPRM Siasat Jika Ada Rasuah

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun diarahkan untuk menjalankan siasatan segera bagi melihat jiwa wujud elemen rasuah dalam aktiviti meneroka tanah di Cameron Highlands.

“Kita tidak bimbang… jika mereka terbukti menjadi dalang dalam kes ini, kita kena ambil tindakan. Tidak kiralah dia dilindungi orang politik, orang istana atau orang dari Singapura. Tiada maaf bagi mereka.

“Jika terbukti ada berlakunya sebarang penyelewengan, tindakan tegas akan diambil. Kita akan banteras habis-habisan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Bencana Banjir dan Tanah Runtuh Cameron Highlands di Pejabat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan negeri Pahang juga diarahkan untuk mengambil tindakan tegas dan serta-merta kepada peneroka yang membuka tanah haram atau menyalahgunakan lesen dengan meneroka tanah melebihi kebenaran yang diberikan.

Memetik laporan Agenda Daily hari ini, beliau turut memberitahu gerakan menangkap pendatang tanpa izin juga akan dilaksanakan secara besar-besaran di kawasan tanah tinggi itu.


“Dulu dah buat tetapi tidak menyeluruh. Kali ini kita akan gempur habis-habisan,” katanya dalam sidang media sama.

Terdapat maklumat, bahawa di Cameron Highlands terdapat lebih 4,000 orang tetapi kebanyakan daripada mereka adalah bangsa Rohingya dan selebihnya warga Bangladesh, Indonesia dan Nepal.

“Seperti kita tahu, Rohingya ini dilindungi oleh UNCHR. Namun, kita akan bincang dengan pihak mereka untuk mencari jalan penyelesaian. Jika mereka langgar undang-undang, kita tetap akan ambil tindakan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori