Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Denda RM10,000 Hina Polis,...

ALOR SETAR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000...

COVID-19: Kluster Baharu Dikesan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengenal pasti satu kluster baharu COVID-19 dalam kalangan...

4 Kawasan Di Semenanjung...

KUALA LUMPUR - Empat kawasan di semenanjung mencatat kualiti udara tidak sihat dengan...

Jijik! Bangkai Cicak Ditemui...

JIJIK dan meloyakan, itulah perkataan yang dapat digambarkan apabila terlihat sekeping gambar yang...

Carolina Selatan Pilih Senator Kulit Hitam Pertama

WASHINGTON – Pengundi di Carolina Selatan memilih calon Afrika-Amerika pertama dari selatan, Tim Scott ke Senat Amerika Syarikat sejak Perang Saudara.

Scott, 49, adalah anak lelaki kepada pembantu perubatan yang membesar dalam keluarga miskin dan kemudiannya berjaya dalam bidang perniagaan serta politik di peringkat tempatan.

Kejayaan Scott sudah tentu dapat mendorongnya memperluaskan pengaruhnya dalam parti berkenaan terutama di kalangan pengundi kulit putih.

Beliau adalah senator kulit hitam pertama yang dipilih dari selatan sejak zaman kebangkitan semula Amerika selepas Perang Saudara yang tamat pada 1877.


Pemilihan Scott menandakan perbezaan ketara dengan senator sebelum ini yang mewakili Carolina Selatan selama beberapa dekad, Strom Thurmond, yang menentang kesaksamaan kaum selama bertahun-tahun lamanya.

Di negeri Utah pula, Mia Love dipilih sebagai wanita kulit hitam pertama dari parti Republikan ke Dewan Perwakilan Kongres.

Love, 38, adalah bekas Datuk Bandar Saratoga Springs, Utah. Beliau menang kerusi Kongres yang sebelum ini diwakili anggota parti Demokrat. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori