Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

KPN Nafi M16 Diguna...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan senjata...

Syarikat China Hasrat Mohon...

ISKANDAR PUTERI - Beberapa syarikat berpangkalan di China berhasrat mendapatkan khidmat Johor untuk...

Dah Buka Tudung, Zila...

TERKEJUT jadinya apabila melihat penyanyi Zila Seeron memuat naik gambar imejnya yang sudah...

Minggu Pertama Dewan Dipenuhi...

KUALA LUMPUR : Persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima bermula minggu ini, dan sepanjang...

Malaysia Tersenarai Dalam Top 10 ‘Pasport Paling Berkuasa’

Informasi ini pastinya digemari oleh pengembara tegar dari Malaysia.

Tahukah anda, pasport negara kita tersenarai dalam carta 10 pasport ‘paling berkuasa’ dan diingini seluruh dunia.

Dalam erti kata lain, pemegang pasport negara ini dapat berjimat banyak wang dan segala urusan bagi melancong di serata dunia tidak sukar dilakukan.

Menurut laman web Irish Around Oz, carta ini dinilai berdasarkan kebebasan melancong yang dikecapi oleh sesebuah negara, sebagaimana disiarkan di link ini.

Untuk makluman anda, kebebasan pasport paling tinggi adalah milik negara United Kingdom, Finland dan Sweden. Di mana ketiga-tiga negara ini menikmati kebebasan melancong di sebanyak 173 negara tanpa menggunakan visa.

Manakala, negara kita Malaysia dan Malta menduduki carta ke-9 dengan kebebasan melancong ke 163 negara tanpa visa.


Wah, menarik bukan?

Negara yang menduduki carta sebagai negara paling ‘tidak bebas’ melancong adalah Afghanistan, di mana pemegang pasport negara tersebut hanya boleh melancong ke 28 negara sahaja tanpa menggunakan visa.

Apa lagi rakyat Malaysia, cepat-cepat kumpul wang dan berseronoklah melancong ke seluruh pelusuk dunia. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH RADZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori