Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pemandu Toyota Alphard Bebas...

PETALING JAYA – Seorang pemandu Toyota Alphard yang ditahan reman bagi membantu siasatan...

Kebakaran Kapasitor Di Dalam...

SEGAMAT - Kebakaran pada kapasitor di dalam lampu dikenal pasti sebagai satu daripada...

Tanah Suci Bukan Tempat...

BERFESYEN tu tak salah, tapi biarlah berpada-pada dan kena dengan tempat... Kalau berfesyen...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

Kota Bharu: Hujan berterusan menyaksikan mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,131...

Cerita Sabah Tidak Selamat Adalah Satu Pembohongan – Zahid

Cerita-cerita pihak tertentu mengenai keadaan negeri Sabah yang sudah tidak selamat sebenarnya satu pembohongan dan tidak benar sama sekali, hakikatnya keadaan di negara ini masih selamat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dibincangkan dan diperjelaskan kepada mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara pada satu pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

“Perkara yang dibincangkan termasuklah beberapa isu semasa yang dibangkitkan terutamanya tentang keselamatan negara kita dan juga hal ehwal pertahanan negara kita serta keadaan bagaimana di Sabah, Semporna khususnya yang digambarkan seolah-olah tidak selamat.

“Kami ingin memberikan jaminan kepada pelajar-pelajar bahawa negara kita selamat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pertemuan itu.

Bagaimanapun, Dr Ahmad Zahid berkata bagaimanapun kerajaan akan mengambil tindakan dari segi penglibatan rakyat Malaysia dalam kegiatan militan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria.

“Kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri diterjemahkan dalam banyak bentuk terutamanya apabila kita berkongsi dari segi maklumat yang kita perolehi dari badan perisikan antarabangsa.

http://youtu.be/4ZZ7TCCqpAw;


“Tindakan yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat dan negara keseluruhannya,” katanya.

Sebelum ini, keadaan di Semporna digambarkan oleh sesetengah pihak sebagai tidak selamat ekoran berlakunya beberapa kejadian penculikan melibatkan pemilik sangkar ikan dan juga seorang anggota keselamatan sebelum ini.

Berkenaan pertemuan dengan mahasiswa, selain Dr Ahmad Zahid, dua lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut serta dalam pertemuan di bilik Kuala Lumpur di tingkat 5, PWTC.

Pertemuan berkenaan berlangsung kira-kira sejam membicarakan isu-isu semasa termasuk isu keselamatan dalam negara antara mahasiswa dan Naib Presiden parti.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin turut mengadakan pertemuan dengan kelab berkenaan membincangkan banyak perkara khususnya tentang pelaksanaan peremajaan UMNO. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori