Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Permohonan Rayuan BSH 2019...

KUALA LUMPUR – Tempoh permohonan rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka...

Individu ‘Curi’ Identiti, Seludup...

KISAH ini dikongsikan seorang individu bernama Patrick Sibat Sujang melalui Facebook miliknya berkisarkan...

Mat Over, David Teo...

SHAH ALAM - Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru...

‘Kayu’ Ini Boleh Dijadikan...

PENGGUNAAN kad Touch 'N Go bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan pengguna jalan...

Cerita Sebenar Kisah Ibu Berkorban Nyawa Demi Anak..

10 November lalu kami ada siarkan artikel berkenaan seorang ibu yang terkorban ketika menyelamatkan anaknya daripada dilanggar sebuah motosikal di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

BACA: Ibu Terkorban Nyawa Demi Selamatkan Anaknya 

Bagaimanapun kisah ini mungkin ada mendatangkan sedikit kekeliruan dalam kalangan pembaca apabila sesetengahnya menyalahkan pihak yang melanggar ibu malang tersebut hingga maut di tempat kejadian.

Berdasarkan penerangan saksi, allahyarham yang merupakan ibu kepada seorang murid tahun enam SK Pasir Panjang tidak dilanggar dengan laju ketika kejadian tetapi mungkin mengalami kecederaan dalaman hingga meragut nyawa gara-gara kepala terhantuk pada jalan tar.

Berikut petikan kenyataan saksi yang juga rakan kepada pelajar Tingkatan 4 yang terlanggar allahyarham pada hari kejadian:

10403001_10153611072879572_521893082266721978_n (1)

“Kes hok blanggor pagi takdi ambe ade. Jangan salah faham, sahabat saye Nabil bawok motor slow jer. Jangan fikir semua anak muda bawok motor laju. Biler eksiden siket ngan motor tuduh bawok laju. Saksi kejadian ade kang”

Pengguna FB Muhammad Hanafi yang juga saksi menambah, memang rutin arwah bersama suaminya makan roti canai di kedai berhampiran tempat kejadian pada waktu pagi.


Namun 10 November lalu, suami arwah dikatakan melintas jalan dahulu sementara arwah tertinggal di tengah jalan. Arwah kemudiannya lalu di celah-celah kereta tanpa menyedari kehadiran motosikal. Penunggang motosikal juga tidak sempat berhenti apabila arwah melintas secara tiba-tiba. Walau dilanggar dalam keadaan perlahan, kepala arwah terhantuk di jalan membuatkan darah membuak-buak keluar dari hidung dan telinganya.

Bagaimanapun difahamkan, jejantas sememangnya jauh dari situ maka tindakan arwah melintas jalan pun tidaklah perlu dipertikaikan.

Apa pun, ajal maut sudah tersurat maka terimalah dengan hati terbuka.

Dalam kes ini tidak perlu disalahkan sesiapa melainkan sama-sama kita ambil pengajaran agar insiden menyayat hati begini dapat dielak di lain kali. 

Mari sama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Dayang Che Abdul Kadir, semoga keluarganya tabah dengan dugaan ini. – MYNEWSHUB.MY

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori