Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Gempa Lemah Berlaku Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter berlaku pada pukul...

Dua Maut Dalam Kemalangan...

LIMBANG – Dua remaja lelaki bermotosikal maut dalam kemalangan di simpang Rangau, Jalan...

PAS Cabar Ahmad Maslan...

MUADZAM SHAH - PAS pada Jumaat mencabar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan...

‘Tiada Arahan Mohon Pengampunan...

KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak belum menerima sebarang arahan berhubung...

Chacha Maembong Ada Sebab ‘Reject’ Baju Ezuwan

SEBELUM ini, pereka fesyen Ezuwan Ismail ada meluahkan kekecewaannya di atas perbuatan seorang pelakon wanita muda yang tidak mahu mengayakan busana yang direka khas untuknya menerusi laman Instagram.

Walaupun tidak mendedahkan nama pelakon tersebut namun akhirnya pelakon Chacha Maembong mengakui dialah selebriti yang dimaksudkan oleh pereka fesyen tersebut.

Chacha mengatakan dia mempunyai sebab untuk tidak memakai gaun berwarna pink itu dan sudah pun memaklumkan perkara itu kepada Ezuwan sebelum menghadiri majlis Anugerah Skrin 2014 yang berlangsung Jumaat lalu.

“Bukan niat saya mahu kecewakan dia tetapi saya ada sebab sendiri kenapa tidak memakainya pada saat-saat akhir dan perkara itu sudah pun dimaklumkan kepada Ezuwan sebelum ke majlis anugerah tersebut.

“Saya memang nak pakai tetapi keadaan tidak mengizinkan dan pembantu saya sudah menguruskannya dan meminta maaf atas perkara yang terjadi itu,” katanya memetik laporan mStar.

Chacha yang merupakan adik kepada Emma Maembong ini turut menyatakan dia terasa hati dengan posting Ezuwan di Instagram kerana tidak memaklumkan kepadanya terlebih dahulu lagipun menurutnya Ezuwan sendiri sudah mengetahui sebab sebenar kenapa dirinya menolak untuk memakai pakaian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

EZUWAN


(Ezuwan Ismail)

CHACHA1

(Baju gantian yang digayakan Chacha ketika Anugerah Skrin 2014)

CHACHA

(Gaun pink yang sepatutnya digayakan Chacha untuk ASK 2014)

Oleh:  JULIANA JOHAR 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori