Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Sah Bakal Tanding...

RASMI... Seperti diduga, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Pemain Drum, Hal Blaine...

LOS ANGELES - Pemain dram lagenda pada era 60-an dan 70-an, Hal Blaine...

PDRM Kenal Pasti Dalang...

BANGKOK - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dalang utama di sebalik...

Pemantau Rasuah Mahu ‘Pendedahan’...

Pemantau Rasuah Mahu 'Pendedahan' Edisi Siasat Disiasat. Yang nak siasat siapa di balik Edisi Siasat tu buat apa. Siasat la apa yang didedahkan. Apakah polis gentar?

Chegubard Kritik Gaya Kepimpinan MB Selangor Azmin Ali

Baru sahaja beberapa hari Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali melepasi tempoh 100 hari mentadbir negeri Selangor, sudah ada cakap-cakap bahawa beliau sudah dilihat tidak melakukan sebarang pembaharuan.

Lebih pedih, kritikan itu datang daripada ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard yang kini sedang digantung, memetik laporan Astro Awani.

Menurut beliau, apa yang ditunjukkan oleh Mohamed Azmin selepas menjadi Menteri Besar tidak langsung menunjukkan perubahan selain hanya gimik kepada media.

Chegubard cuba menggariskan lima faktor utama kegagalan Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR iaitu cuba menjuarai isu pengurusan sisa pepejal, jalan raya, Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX), bekalan air terawat dan pengambilan semula Bible.

Perihal isu Bible, beliau berkata langkah itu sudah pun dimulakan sebelum ini oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Punyalah begitu obses hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Azmin memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’.

AzminAli_1
Gambar Mohamed Azmin memegang penyodok di Gombak baru-baru ini membersihkan kawasan nyamuk Aedes.

“Kalau pun ia kempen yang perlu, cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya,” katanya semasa sidang media di ibu negara hari ini.

Mohamed Azmin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 23 September lepas menggantikan Abdul Khalid.

Selain mengkriti gaya kepimpinan Mohamed Azmin, Chegubard turut mempertikaikan ‘keistimewaan’ yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa di dalam PKR.


“Isu sisa pepejal yang dijuarai pentadbiran Abdul Khalid telah mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Sepanjang tempohnya banyak isu teknikal sudah diperhalusi. Apa yang Azmin buat hanyalah membuka tender.

“Jalan raya di Selangor dan lebuhraya Kidex merupakan penipuan terbesar pemimpin PKR kini, pada zaman Abdul Khalid, mereka kata tidak mahu, tetapi kini mereka bersetuju.

“Isu bekalan air, Empangan Langat 2 juga isu untuk menyingkirkan Abdul Khalid dahulu. Tiba-tiba Azmin mengumumkan kesyukuran beliau apabila konsesi air ini telah secara rasmi menjadi milik rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak malukah untuk mengambil usaha dan idea orang lain dan kemudiannya menjadikan sebagai kejayaan sendiri?” ujarnya.

Jelasnya lagi, Azmin turut dilihat mahu menjadi ‘hero’ dengan menaikkan isu pengembalian Bible baru-baru ini.

“Azmin tidak merasa malu untuk mengakui bahawa dirinya yang menyelesaikan isu bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Dia terus menerus menjadikan usaha dan inisiatif orang lain sebagai kejayaan peribadinya,” jelasnya.

Dalam pada itu Chegubard turut meminta PKR menyiasat Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar kerana mengeluarkan surat akuan sumpah yang menarik balik sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa krisis Menteri Besar Selangor baru-baru ini.

“Kita terima salinan akuan berkanun dari beberapa anggota parti melalui e-mel.

“Surat ini bukti kukuh yang melihat individu ini harus dikenakan hukuman keras daripada parti,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori