Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Penduduk Sundang Darat Batu...

SANDAKAN - Seramai 60 penduduk kurang berkemampuan di Kampung Sundang Darat Batu Sapi...

Program Jelajah UMNO Bantu...

KUALA TERENGGANU - Program UMNO Bantu Rakyat anjuran Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) yang...

“Tak Salam Tak Semestinya...

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan perbuatan anaknya, Datuk...

Guan Eng Sokong GST...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyambut...

Cipta Rekod Kanak-Kanak Berselawat Beramai-Ramai

IPOH – Perak mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records apabila 1,588 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di negeri ini berselawat beramai-ramai secara serentak di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi.

Sijil Malaysia Book of Records itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Saarani Mohamad kepada Pengarah Kemas negeri Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi.

Ahmad Kamal Idris berkata rekod itu dicipta berdasarkan penyertaan kanak-kanak teramai dan kebolehan mereka menghafal selawat berkenaan.

“Penyertaan berselawat anjuran Tabika Kemas ngeri itu menekankan aspek pembangunan modal insan dan pendidikan moral menerusi bacaan selawat dan doa harian,” katanya kepada pemberita selepas bacaan selawat itu.


Sementara itu, Saarani berkata program berselawat itu menangkis dakwaan Tabika Kemas lebih menjurus kepada duniawi seperti hanya melatih kanak-kanak menyanyi dan menari.

Katanya terdapat 837 kelas Tabika Kemas di negeri ini dengan sebanyak 15,000 pelajar. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rekod

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori