India – Wanita ini memang hebat, jika tidak masakan dia boleh membersihkan bahagian dalam kelopak mata bagi membuang debu dan kotoran pesakitnya dengan hanya menggunakan sekeping keluli kecil.
Dia hanya menawarkan bayaran sebanyak 25 rupee.
Wanita ini akan memasukkan keluli kecil itu dalam kelopak mata pesakitnya, kemudian dia akan menggerakkan keluli itu ke depan dan belakang di bawah kelopak mata sebelum membersihkan kotoran dan serpihan debu.
Debu dan kotoran yang melekat bawah mata itu kemudiannya diletakkan di atas tapak tangannya.
Pesakit tersebut pula langsung tidak mengelakkan diri sebaliknya membiarkan sahaja wanita itu merawat kelopak matanya.
Hanya matanya yang kelihatan berair selepas proses berkenaan berakhir.
Saksikan video di bawah untuk mempercayainya!
MYNEWSHUB.CC