Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Enjian Carian Patuh Syariah...

BERSEJARAH... Salam Web Technologies MY Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan enjin carian pertama...

Dr. Zamihan Jawab Fitnah...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Dr. Zamihan...

Pegawai Penyiasat Tidak Usik...

PUTRAJAYA - Hanya beg plastik mengandungi 12 bekas sampel yang diambil daripada Mohd...

Lelaki China Berbaju Dalam,...

SEMPENA Bulan Kesedaran Kanser Payudara, 10 lelaki di Hunan, China memilih untuk memakai baju...

Daftar Jadi Ahli UMNO Kini Boleh Dibuat Secara Online

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mahu menjadi ahli UMNO dalam masa terdekat boleh membuat pendaftaran hanya secara online dan berurusan terus dengan Ibu Pejabat UMNO.

Ia berbeza dengan prosedur biasa yang memerlukan borang diambil di peringkat Bahagian UMNO dan memerlukan kelulusan Ketua Cawangan untuk disokong Ketua Bahagian sebelum borang dihantar ke Ibu Pejabat UMNO untuk kelulusan.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi Taklimat Tertutup Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Kemudahan itu, menurut Najib yang juga Perdana Menteri akan boleh digunakan dalam masa terdekat sebaik sistem berkenaan berjaya disediakan.

“Sekarang jadi ahli UMNO menggunakan online sahaja, InsyaAllah akan memudahkan lagi khususnya golongan muda untuk bersama-sama kita,” kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengulas amanat Presiden selepas menghadiri sesi berkenaan hari ini.

Kemudahan itu juga akan memberikan akses pendaftaran sebagai ahli UMNO secara cepat dan meluar termasuk ke mereka yang berada di mana-mana sahaja di dunia ini asalkan ada kemudahan internet.

Pendaftaran secara online akan memastikan semua borang yang diisi akan sampai ke peringkat Ibu Pejabat UMNO. Sebelum ini, ada masalah borang yang dihantar untuk proses pendaftaran tidak sampai ke peringkat Ibu Pejabat.


“Masa depan parti kita bukan sahaja untuk Ahli Umno tetapi kita sedar dan insaf bahawa sekiranya kita tidak lakukan untuk parti, bangsa kita akan jadi mangsa, agama kita akan jadi mangsa, raja-raja kita akan jadi mangsa, jadi itu yang ditekan tadi dan saya rasa tepat pada waktunya,” kata Hishammuddin mengulas mengenai apa yang disampaikan oleh Najib.

Selain itu, dalam taklimat itu Najib turut memberi penjelasan berkenaan dakwaan beliau dilihat seperti meminggirkan agenda bumiputera di dalam negara ini berbanding era pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini Tun Abdullah Ahmad Badawi.

PWTC hari ini mula dibanjiri perwakilan Umno dari seluruh negara yang akan berkampung selama lima hari di sini sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014.  

Perhimpunan kali ke-68 ini menyaksikan penglibatan seramai 5,739 perwakilan dari 191 bahagian merangkumi 993 anggota perwakilan mewakili Pemuda, Wanita (992 anggota) serta 991 anggota lagi, Puteri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori