Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Basikal: Polis Tahan Remaja...

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai berhimpun bagi...

Berpeluang Jadi Hos Red...

PENGACARA popular, Datuk Aznil Nawawi telah dipelawa stesen HBO Asia untuk membuat liputan segmen...

Kerajaan Umum Transfromasi Program...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi ke atas Program Latihan Khidmat...

Ziana Zain Terus ‘Kunci...

DIVA Pop, Ziana Zain merupakan satu nama yang cukup terkemuka di Malaysia dan...

Bayar Gaji Lumayan, JDT Kesal Dituduh Punca Masalah Liga M

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) melahirkan rasa kesal di atas tuduhan bekas jurulatih Sarawak, Awang Mahyan Pengiran Mohamad ke atas Harimau Selatan.

Laman web rasmi PBNJ, JOHOR Southern Tigers dalam satu kenyataan berkata, dakwaan Awang Mahyan kononnya Johor Darul Ta’zim (JDT) punca Liga Malaysia bermasalah tidak masuk akal.

Menurut kenyataan itu, bekas jurulatih pasukan Sarawak tersebut mungkin terlupa pasukan gergasi seperti Selangor, Pahang dan Kelantan sebelum ini memonopoli liga bola sepak negara kerana mempunyai penaja dan peruntukan kewangan yang hebat.

“Mungkin juga Awang Mahyan “masih tidur” sehingga tidak sedar bahawa pasukan Kelantan terlebih dahulu menawarkan gaji lumayan buat para pemain mereka

“Mengapakah setelah JDT melakukan pelbagai rombakan drastik demi tujuan yang sama maka dianggap menjadi punca kepada segala kelemahan mutu persembahan Liga Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, PBNJ mencabar Awang Mahyan membuktikan kewujudan sistem gaji pemain bola sepak yang dihadkan pada suatu jumlah tertentu di mana-mana negara.


Jelas kenyataan itu, soal gaji lumayan menjadi lumrah dalam dunia bola sepak kerana setiap negara mempunyai kelab-kelab gergasi yang mendominasi sesuatu liga.

Menurut kenyataan itu, kelab gergasi memang dahagakan kejayaan di peringkat domestik mahupun di arena antarabangsa.

“JDT bukan mahu menjatuhkan imej sesiapa sebab matlamat utama kami adalah untuk terus maju ke hadapan, bekerjasama dengan semua pihak demi kemajuan mutu bolasepak negara.

“Ini bukan hanya untuk pasukan JDT tetapi demi pembangunan bola sepak tanahair keseluruhannya,” kata kenyataan itu hari ini.

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori