Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Operasi Bas Hentian Putra...

KUALA LUMPUR - Operasi bas di terminal Hentian Putra akan ditamatkan dan dipindahkan...

FGV Lantik Perunding Bebas...

FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras...

Peniaga Makanan Ditemui Mati...

ALOR SETAR - Seorang peniaga makanan ditemukan mati dengan kesan kecederaan di rumahnya...

SPRM Ingin Hubungi Muhammad...

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menghubungi seorang lelaki bagi membantu...

A Rahman Hassan, Fadilah Mansor Rancang Kahwin Hujung Tahun

WAH dalam diam-diam rupanya pelakon yang mempunyai wajah keibuan, Fadilah Mansor menjalin hubungan cinta dengan penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan dan mereka dikatakan akan melangsungkan pernikahan, hujung tahun ini.

fadilah

Memetik laporan Harian Metro, perkenalan mereka dikatakan bermula di sebuah majlis anugerah, beberapa bulan lalu.

Namun Fadilah enggan mengulas lanjut mengenai butir-butir terperinci majlis perkahwinan mereka kerana menghormati permintaan A Rahman.

“Apa yang saya boleh kongsi kalau umur dah macam ini, kalau canang-canang sangat seganlah nanti orang kata over (keterlaluan) pula.


“Jadi saya ikut saja perancangan abang (A Rahman). Dia tak nak bising-bising dulu sampailah kami betul-betul sedia untuk berkongsi nanti,” katanya.

Fadilah merupakan seorang ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London sementara A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.

Apa-apa pun semoga perancangan mendirikan masjid untuk pasangan ini berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori