Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Amaran Laman Web Palsu...

SINGAPURA - Singapura hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai laman web...

Adenan Bayangkan PRN Sarawak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem malam ini membayangkan bahawa...

Tindakan Terhadap Pelaku Edar...

KUALA LUMPUR - Tindakan harus diambil terhadap pelaku, yang mengedarkan pertuduhan palsu terhadap...

Seorang Bapa Cuba Bunuh...

IPOH - Seorang lelaki cuba membunuh diri bersama dua anak lelakinya dengan bertindak...

David Moyes Dapat Kerja!! Jadi Pengurus Real Sociedad

Bekas Pengurus Manchester United dan Everton, David Moyes kembali mendapat kerja sebagai pengurus apabila dilantik mengendalikan kelab di La Liga Sepanyol Real Sociedad.

“Real Sociedad telah berjaya memeterai perjanjian dengan Moyes untuk menjadi jurulatih pasukan utama sehingga 30 Jun 2016.

“Hari ini akan diadakan majlis pengenalan rasmi pengendali dari Scotland kepada kakitangan kelab,” demikian menurut kenyataan kelab di laman web rasmi mereka.

Logo kelab Real Sociedad
Logo kelab Real Sociedad

April lepas, Moyes dipecat dari pasukan The Red Devils tidak sampai semusim selepas beliau gagal membawa United layak beraksi ke saingan Liga Juara-Juara Eropah untuk pertama kali sejak 1995.

Menurut laporan AFP, sebelum di Old Trafford, Moyes mencipta banyak kegemilangan di kelab lamanya selama 11 tahun di Everton.


Moyes bagaimanapun sehingga kini masih belum memenangi sebarang kejuaraan utama bola sepak sebagai jurulatih.

Sociedad sebelum ini mencari jurulatih baru selepas memecat Jagoba Arrasate hujung minggu lepas selepas pengendali itu hanya berjaya merekodkan satu kemenangan dalam 10 perlawanan liga.

Bagaimanapun, Ahad lepas Real Sociedad berjaya bangkit dan membenam juara bertahan liga Atletico Madrid 2-1 sekaligus membawa pasukan mereka keluar dari zon penyingkiran. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori