Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Penjara Setahun, Denda RP100...

RAKYAT Indonesia yang didapati bersalah “mudik” atau balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri 1441...

Lawatan Rasmi Sulung PM...

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasmi...

Wanita Islam Dicalon Jadi...

BUCHAREST - Dalam langkah yang mengejutkan, parti politik terbesar Romania semalam menamakan seorang...

Teliti Cara Selesai Masalah...

TAWAU - Penelitian secara holistik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perumahan polis, khususnya...

Demi Ketam Melintas, Jalan Ditutup Setiap Tahun

Kedengaran amat pelik namun ia memang berlaku di Pulau Christmas yang terletak di Australia.

Lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini, memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November.

Hal ini disebabkan, waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Oleh kerana kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

crab-2 crab-3

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

crab-5


Cuba anda tengok…memang banyaklah ketam-ketam di pulau ini!

redcrab02 red-crab-migration-7[2] 3 (1)cRAB gOLF download

crab-4

Lebih mengujakan, pulau ini mempunyai keunikan tersendiri kerana majoriti penduduk asal pulau tersebut berbangsa Melayu Cocos dan beragama islam. Penduduk di sana juga bercakap dalam bahasa melayu tau!

Apa lagi, mungkin Pulau Christmas ini boleh dijadikan destinasi pelancongan anda akan datang! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori