Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Mas Ermieyati Nafi Yana...

Dalam satu kenyataan semalam, Pergerakan Puteri UMNO menafikan bahawa jurucakap Familia MyVi Club...

Masyarakat Orang Asli Digalak...

IPOH - Masyarakat Orang Asli digalak menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam kelapa sawit...

Cegah Penyakit TB: Lindungi...

BATUK berpanjangan, batuk berdarah, sakit dada semasa bernafas, ini antara tanda jangkitan penyakit Tuberkulosis...

Thierry Henry Di ‘Kem...

ISTRA - Ketika pemain Perancis berbaris bagi menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia,...

Denggi: Kesedaran Rakyat Tinggi, Tiada Perubahan Sikap

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai punca denggi, namun ia tidak diterjemahkan kepada perubahan gaya hidup bersih, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Menurutnya, usaha kerajaan untuk mengurangkan kes denggi akan berjaya jika mendapat sokongan rakyat dengan menjaga kebersihan persekitaran dan di dalam rumah.

“Kajian tahap pengetahuan rakyat Malaysia tentang punca denggi seperti tempat pembiakan nyamuk aedes menunjukkan ia berada pada tahap tinggi iaitu lebih 90 peratus, tapi ini nampaknya tidak berjaya untuk ubah fikiran mereka supaya amalkan gaya hidup bersih,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, di sini Rabu.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menaikkan denda ke atas mereka yang melakukan kesalahan membenarkan pembiakan Aedes bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Dr Subramaniam berkata, perkara itu pernah dibincangkan di peringkat kementerian, namun denda hanyalah langkah pencegahan dan tertakluk kepada mahkamah untuk menentukan jumlahnya.

“Baru-baru ini seorang kontraktor didenda RM30,000 oleh mahkamah kerana tapak pembinaannya didapati membiak nyamuk aedes dan ini adalah denda tertinggi setakat ini, jadi mahkamah ada kuasa untuk kenakan denda lebih tinggi,” katanya.

Pada masa ini, denda maksimum bagi kesalahan itu adalah RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan berulang.

Menjawab soalan asal Ikmal Hisham mengenai sejauh mana seriusnya gejala denggi di negara ini, Dr Subramaniam berkata, setakat 20 Sept lalu, 74,335 kes denggi dengan 143 kematian dicatatkan di negara ini.


Menurutnya, pada 2012, sejumlah 21,900 kes denggi dicatatkan dengan 35 kematian manakala tahun lepas, jumlah itu meningkat kepada 43,340 kes dengan 92 kematian.

Menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai keberkesanan program ‘Komuniti Sihat, Perkasa Negara’ (Kospen) dalam meningkatkan mutu kesihatan rakyat di seluruh Malaysia, Dr Subramaniam berkata kementerian mewujudkan pangkalan data bagi menentukan petunjuk prestasi utama (KPI) program itu.

“Kesannya akan dikaji selepas satu jangka masa yang sesuai melalui bilangan individu yang diberi perkhidmatan oleh sukarelawan seperti pengurangan jumlah perokok, pengesanan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis dan penurunan berat badan.

“Semua data tersebut akan dimasukkan ke dalam pangkalan data dan disemak secara berterusan untuk menentukan keberkesanannya,” katanya.

Beliau berkata kementerian menyasarkan 50,000 sukarelawan dilatih di bawah Kospen menjelang akhir 2016 untuk memberi perkhidmatan kepada 1.5 juta rakyat di akar umbi.

Kospen mula dilaksanakan pada Julai 2013 dan merupakan inisiatif baharu melibatkan transformasi perkhidmatan kesihatan awam dengan 13,496 sukarelawan telah dilatih sehingga 10 Nov lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori