Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Taktik Baharu Sindiket Penipuan...

Kuala Lumpur : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket...

Tak Perlu Parti Melayu...

PUTRAJAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan supaya orang...

Betul Ke Dalam Gambar...

GAMBAR pemandangan yang telah ditangkap dari seluruh negara ini sangat menakjubkan.Namun apa yang...

Percayakan Zahid, Kit Siang...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan semua anggota Kabinet negara...

Didenda RM8,000 Kerana Rasuah Polis

JOHOR BAHRU – Seorang bapa kepada empat orang anak didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam selepas mengaku salah memberi rasuah RM300 kepada seorang pegawai polis, Jun lalu.

Zurainee Basar, 40, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, dia boleh dihukum penjara enam bulan.

Mengikut kertas pertuduhan, Zurainee didakwa memberikan satu suapan iaitu wang tunai kepada Mohd Nadzir Gulam Kadir yang bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (2) di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan.

Suapan itu bertujuan sebagai balasan agar pegawai berkenaan tidak mengambil tindakan ke atas dirinya kerana disyaki memiliki dadah berbahaya di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Kesalahan itu dilakukan di Nipon Laser Karaoke OK Lounge, Jalan Permas 10/7, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini, kira-kira jam 2.45 pagi, 15 Jun lalu.

Zurainee yang kini membantu adiknya menjalankan perniagaan didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman satu perempat daripada lima tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori