Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Maut Ketika Cuba...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut dipercayai terkena renjatan...

Tasik Kenyir Kekal Pusat...

KUALA BERANG ā€“ Status Tasik Kenyir sebagai zon bebas cukai tidak akan menghalang...

Guru Bersarapan Bersama Murid...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan bercadang melaksanakan program guru bersarapan dengan anak murid...

Israel Ugut Potong Bekalan...

MENTERI pertanian Israel mengancam akan memotong brkalan air dari Israel ke Jordan sebagai...

Ye Ke Rogol.. Lelaki Dakwa Wanita Paksa Seks Secara Ganas

Seorang lelaki berumur 19 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi mendakwa dirogol seorang wanita di Wangsa Maju, Jumaat lepas.

Gambar salinan laporan polis yang kini tersebar di internet bagaimanapun, menunjukkan unsur pelik sekaligus membuat ia dipertikaikan netizen.

Berdasarkan salinan repot, pengadu, pada kira-kira pukul 10.30 malam mendakwa dia bersama rakannya sedang makan di sebuah restoran di Wangsa Maju sebelum didatangi seorang wanita yang meminta menghantarnya ke rumah.

Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menghantar wanita itu tetapi terus dipaksa.

“Kemudian, saya bersetuju hantarnya ke rumah di Wangsa Maju dengan kereta.

“Ketika sampai di hadapan rumahnya (ketika masih dalam kereta), wanita itu telah peluk dan cium saya, saya menolak tetapi dia tetap cium saya dengan ganas,” kata pengadu di dalam laporannya.

Menurut pengadu dalam repot lagi, wanita itu kemudian telah membuka seluarnya dan seluar pengadu lalu naik ke atas lelaki itu sebelum merogolnya.

“10 minit kemudian dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya,” adu pengadu.


Kebanyakan netizen mempertikaikan bagaimana pengadu dipaksa melakukan hubungan seks dengan ganas kerana jika benar dia enggan, tentu ada cara untuk keluar dari kereta.

Pengadu juga, dilihat mengenali wanita yang merogolnya berdasarkan nama penuh yang diberikan di dalam laporan polis.

KomenFB

Selain itu, ada juga netizen berpendapat laporan polis dirogol dibuat untuk mengelakkan pihak wanita yangƃā€šĆ‚Ā membuat dakwaan rogol ke atasnya.

Daripada laporan polis, ternyata banyak lagi kejadian dalam insiden ‘rogol paksa’ ini yang tidak diceritakan oleh pengadu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori