Arab Saudi – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun membuat laporan polis selepas dia ditipu oleh bapanya untuk mengahwini lelaki tua berusia 90 tahun, sedangkan sebelum ini dia diperkenalkan kepada seorang lelaki kacak berusia 20-an.
Remaja itu bersetuju untuk berkahwin kerana menyangka akan menjadi isteri kepada pemuda tersebut.
Namun dia hanya mengetahui mengenai penipuan berkenaan pada hari perkahwinannya.
Selepas mendapati suaminya itu seorang lelaki tua, remaja itu kemudiannya mengundi dirinya dalam bilik pada malam pertama perkahwinan mereka, menyebabkan suaminya itu tidak dapat memasuki bilik tersebut.
Dua hari kemudian, dia melarikan diri ke rumah keluarganya dan menghubungi polis bagi mengelakkan dia dihantar semula ke rumah suaminya di Madinah.
Kes itu telah dibawa ke mahkamah dan perkahwinan itu diisytihar sebagai tidak sah dan terbatal.
Selepas kes berkenaan menjadi tumpuan, bapanya remaja itu yang menetap di Jazan telah dituduh oleh pengguna media sosial sebagai cuba menjual anaknya kepada seorang lelaki tua, apatah lagi lelaki berkenaan mendakwa dia membayar ibu bapa remaja itu sebanyak RM56,600.
Lelaki itu bagaimanapun mendakwa pengantin perempuan itu bersama ibu bapanya telah menipunya bagi mendapatkan wang berkenaan.