Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kotak Hitam Pesawat Yeti...

KATHMANDU : Pasukan penyelamat yang menyaring serpihan pesawat terhempas di gaung Nepal semalam...

Kate Middleton Tunggu Masa...

ISTERI Putera William, Catherine (Kate) Middleton, telah dimasukkan ke hospital kerana sudah mengalami tanda-tanda...

QZ8501 : Ada Mayat...

SELAT KARIMATA (Indonesia) : Tiga hingga empat jasad mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia...

Ali-Baba Jalan Terakhir Elak...

PETALING JAYA - Risiko gulung tikar akibat peningkatan kos operasi mendorong beberapa pengusaha...

Doktor Kelahiran Malaysia Suka Rakam Aksi Dalam Tandas

Seorang doktor pakar telinga kelahiran Malaysia yang menetap di Britain mempunyai tabiat menjelikkan kerana suka meletakkan kamera tersembunyi seterusnya merakam aksi orang ramai di dalam tandas.

Lebih memalukan, kamera tersebut diletak di tandas hospital dan klinik di mana tempat dia berkhidmat serta tandas di dalam sebuah kereta api.

Dr Lam Hoe Yeoh, 62 (gambar bawah)  mengaku bersalah dan bakal dijatuhkan hukuman di sebuah mahkamah British atas kesalahan membuat penggambaran sembunyi beratus-ratus pesakit, rakan, pengunjung hospital dan kanak-kanak.

Dr_Lam_Hoe_Yeoh2

Dr Lam turut mengaku pernah mengintip para mangsanya menggunakan kamera yang tersembunyi di jam tangan dan pen miliknya.

Rakaman yang diperoleh Dr Lam seterusnya akan menjadi subjek dalam pembikinan filem lucah yang dihasilkannya sendiri.

Perbuatan terkutuk ini terbongkar apabila salah satu kamera tersembunyinya terjatuh dari dinding tandas Hospital St Anthony dan wajah Dr Lam tanpa disedari turut terakam dalam video tersebut hingga menyebabkan pihak berkuasa membuat tindakan susulan mengeledah rumah, pejabat, kereta dan komputer Dr Lam.


Hasil penemuan video tersebut akhirnya menyebabkan Dr Lam mengaku bersalah di atas tujuh tuduhan mengintai, enam pertuduhan membuat imej lucah kanak-kanak dan satu tuduhan memiliki pornografi yang melampau.

Kesalahan yang telah dilaporkan itu dilakukan selama lebih tiga tahun iaitu sejak 1 Januari 2011 hingga April 15, 2014.

Menerusi rakaman tersebut, 30 mangsa  telah dikenal pasti dan 1,084 adalah mangsa yang tidak dikenali.

Perbuatan jenayahnya ini telah dibicarakan dan hukuman penjara telah dijatuhkan sejak hari Rabu yang lalu.

Kegilaan Dr Lam terhadap rakaman tersembunyi ini akhirnya membawa padah kepada dirinya sendiri. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori