Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Dirombak, BN Dijenamakan...

SEGAR... Presiden UMNO baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bakal mengumumkan rombakan...

Bank Diarah Serah Wang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad...

Op Selamat: Lelaki Ditahan...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 22 tahun ditahan kerana memiliki dadah disyaki...

Wan Ainuddin Hilmi Meninggal...

KOTA BHARU: Johan qari tilawah dan menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa ke-58 pada 2016, Wan Ainuddin Hilmi Abdullah meninggal dunia pada 1.26 tengah hari tadi.Adik Allahyarham Datuk Muhammad Abdullah berkata arwah yang berusia 39 tahun menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Machang dan berkemungkinan disebabkan serangan jantung.

Dollah Masih Yakin Harimau Malaya Ke Separuh Akhir

SINGAPURA – Jurulatih skuad kebangsaan Harimau Malaya, Dollah Salleh tidak mahu mengetepikan peluang anak buahnya untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014.

Sebaliknya, beliau yakin mereka akan layak ke separuh akhir dengan mengalahkan juara bertahan, Singapura pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional di sini, Sabtu ini.

Malaysia, yang seri tanpa jaringan dengan Myanmar dan kalah 3-2 kepada Thailand malam ini, tidak mempunyai pilihan kecuali menang ke atas Singapura untuk mara ke separuh akhir.

“Perjuangan kami masih belum selesai kerana masih ada satu perlawanan…sekiranya pemain menampilkan prestasi yang sama seperti malam ini, insya-Allah kita tidak mempunyai masalah untukl mengesahkan slot separuh akhir,” kata Dollah selepas perlawanan itu.

Thailand sudah mengesahkan slot separuh akhir dengan dua kemenangan dan mengumpul enam mata manakala Singapura mempunyai tiga mata dan Malaysia satu.

Singapura hanya memerlukan keputusan seri ke atas Malaysia untuk mengiringi Thailand ke separuh akhir.


Dua pasukan teratas Kumpulan A dan B layak ke separuh akhir.

Mengenai pertemuan dengan Thailand, Dollah berkata beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain kerana telah menunjukkan permainan terbaik masing-masing dan kealpaan pada minit-minit terakhir perlawanan menjadi punca utama kekalahan itu.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Kiatisuk Senamuang menyifatkan perlawanan itu sebagai hebat dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan pemain yang mempamerkan aksi terbaik masing-masing untuk meraih kejayaan.

Thailand akan melengkapkan jadual kumpulan dengan menentang Myanmar, Sabtu ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori