Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pakej Bantuan Terhadap PKS...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khusus...

DAP Buat Rumah Terbuka...

NIBONG TEBAL - Kepimpinan tertinggi DAP dilihat semakin terdesak apabila menjadikan Majlis Rumah...

Ustaz Mana Dirujuk Pahala...

KUALA LUMPUR - Ahli Akademik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan status...

Sejak Bilakah Anda Beriman?

SEJAK kanak-kanak hingga dewasa, penulis sering kali mendengar daripada guru agama Islam dan...

Dua Rakyat Perancis Disahkan Dalam Video IS

CANBERRA – Presiden Perancis, Francois Hollande hari ini mengesahkan dua rakyatnya dikenal pasti sebagai suspek dalam video Negara Islam (IS) yang memegang kepala tahanan Syria yang dipancung.

Kedua-dua lelaki terbabit turut kelihatan dalam klip video kejam kumpulan IS Ahad lalu yang memaparkan pembunuhan 18 tahanan Syria serta seorang pekerja bantuan Amerika Syarikat.

“Setakat ini, kami hanya dapat sahkan terdapat dua warga Perancis,” katanya pada sidang akhbar di Canberra bersama Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

Hollande berkata, seorang daripada mereka sudah pun dikenal pasti manakala seorang lagi dalam proses pengecaman.

Pihak pendakwa Perancis mengesahkan, seorang daripada suspek adalah Maxime Hauchard yang berusia 22 tahun tetapi identiti seorang lagi tidak diberikan.

Bagaimanapun, Hollande berkata pihaknya tidak jelas apa peranan kedua-dua lelaki terbabit ketika anggota militan IS memancung kepala tahanan Syria dan warga Amerika itu.

Di Paris, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve berkata, Hauchard berlepas ke Syria pada Ogos 2013 selepas tinggal di Mauritania pada 2012 dan menjadi radikal secara online.


Kerajaan menyatakan kira-kira 1,000 warga Perancis dikenal pasti menyertai konflik di Syria dan Iraq dengan kira-kira 375 dilaporkan masih berada di sana.

Sekurang-kurangnya 36 sudah meninggal dunia.

Hollande berkata pihaknya amat bimbang dengan isu pejuang asing dan bagaimana mereka dipengaruhi untuk menyertai perjuangan itu.

“Mereka boleh datang dari pelbagai latar belakang atau mana-mana keturunan etnik, tetapi mereka mudah dipengaruhi dan ini amat membimbangkan,” katanya.

Justeru, Presiden Perancis itu berkata, pihaknya kena sentiasa memantau dan tegas dalam menangani perkara itu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori