Baidu merupakan salah satu syarikat gergasi internet di China yang menawarkan enjin carian seperti Google dan beberapa perkhidmatan lain.
Tahun ini, mereka mengumumkan akan membina pula sebuah basikal pintar yang menjadi tarikan ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Kini, Baidu telah menerbitkan sebuah laman khusus untuk basikal pintar yang dikenali dengan nama DuBike, memperlihatkan secara kasar rekaan dan fungsi yang akan dibawakan kelak.
DuBike ini, dilihat memfokuskan penggunaan pelbagai jenis sensor untuk memudahkan pengguna mengetahui tahap kecergasan dan kesihatan mereka ketika menunggang basikal.
Selain kecergasan, Baidu Bike turut dilengkapi sensor untuk memantau bagaimana anda menunggang basikal, di samping beberapa ciri keselamatan seperti lampu hadapan dan belakang.
Sokongan GPS turut diintegrasikan pada basikal pintar ini untuk tujuan navigasi, selain membolehkan pengguna memantau lokasi semasa basikal untuk mengelakkan kecurian.
Tak perluĆāĆĀ mengecas pelbagai komponen pada basikal ini, memandangkan ia akan mengecas sendiri ketika pengguna menunggangnya.
Baidu turut menyediakan sebuah aplikasi khusus untuk basikal pintar ini bagiĆāĆĀ membolehkan pengguna mengakses beberapa data berkaitan, di sampingmenggunakannya untuk tujuan sosial ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢ā¬Å seperti berkongsi destinasi dan sebagainya.
Basikal pintar daripada Baidu ini dijangka akan dipasarkan tidak lama lagi, berkemungkinan seawal penghujung tahun ini.
Sumber: Slashgear
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC