Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Gelombang Biru Baharu Urus...

KUALA LUMPUR - Pasukan Gelombang Biru baharu akan diwujudkan bagi menangani serangan siber...

Tiada Kompromi Bagi Peniaga...

KUALA LUMPUR - Ramai warga asing lari bertempiaran meninggalkan premis perniagaan ketika Dewan...

Dua Beranak Lemas Ketika...

SUNGAI PETANI: Hasrat seorang bapa membantu anak bongsunya memukat udang di laut bertukar...

Tarif Elektrik Pengguna Domestik...

PUTRAJAYA - Tarif elektrik pengguna domestik kekal, manakala kadar surcaj tarif elektrik bagi...

DUN Melaka Lulus Usul Koh Chin Han Dilantik Senator

MELAKA – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul melantik Setiausaha MCA Melaka, Koh Chin Han sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri itu.

Usul berkenaan dicadangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan disokong Datuk Md Yunos Husin (BN-Ayer Molek) sebelum dewan membuat perbahasan yang kemudiannya mendapat persetujuan 21 daripada 28 ahli dewan.

Ketika mencadangkan usul itu, Idris berkata Koh yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA memainkan peranan penting dalam usaha membela nasib rakyat di negeri Melaka.

“Beliau banyak memainkan peranan sebagai jambatan bagi mengukuhkan hubungan antara rakyat dan kerajaan negeri dengan menyuarakan pelbagai keperluan rakyat kepada kerajaan seperti pembinaan infrastruktur asas seperti jalan dan sistem perparitan terutama di daerah Jasin.


“Kerajaan negeri berharap agar kegigihan dan semangat membara beliau dalam membantu serta menyelesaikan masalah rakyat dapat diteruskan sebagai Ahli Dewan Negara nanti,” katanya.

Koh, anak jati Melaka dari Merlimau, Jasin, akan menggantikan Datuk Saat Abu yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara mewakili negeri ini bermula pada 15 Nov 2011 hingga esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori