Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PAN Akui Cina Sarawak...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengakui kaum Cina memberi sokongan kepada...

Raja Muda Perlis Galak...

ARAU - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah rakyat perlu...

Projek PR1MA Seluruh Negara...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini diberitahu bahawa kesemua...

Pencerobohan Menara Merdeka 118:...

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan...

Ebola: Saringan Tetap Diadakan Di Pintu Masuk Johor

NUSAJAYA – Saringan kesihatan ke atas pengembara tetap dijalankan di pintu masuk antarabangsa di Johor walaupun negeri itu tiada penerbangan terus dari negara dijangkiti wabak virus Ebola (EVD).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, berkata saringan kesihatan dilakukan khusus kepada mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala demam serta mempunyai sejarah perjalanan dari negara berisiko EVD dalam tempoh 21 hari.

“Penggunaan peralatan pengimbas haba bagi mengesan gejala demam telah dipasang di pintu masuk antarabangsa,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Adam Sumiru (BN-Tanjung Puteri) mengenai tindakan kawalan Ebola di Johor pada Mesyuarat Kedua (Bajet 2015) bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-13 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri mengambil kesempatan daripada penerbangan pulang jemaah haji tahun ini untuk memperbaiki tindakan-tindakan kawalan di pintu masuk ke Johor.

Ayub berkata, anggota kesihatan dan perubatan dalam menguruskan kes yang disyaki dijangkiti EVD turut dilatih.


Katanya, beberapa siri latihan dan simulasi telah dijalankan oleh jabatan itu untuk kakitangan terutama petugas barisan hadapan termasuk petugas hospital swasta.

“Hospital-hospital tertentu telah dikenal pasti untuk mengendalikan atau menjalankan rawatan ke atas pesakit yang disyaki dijangkiti EVD,” katanya.

Jabatan Kesihatan juga membekalkan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada semua anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat mengendalikan kes disyaki dijangkiti EVD di mana beberapa siri latihan pemakaian PPE telah dibuat.

“Taklimat EVD peringkat negeri telah dijalankan pada 30 Oktober lepas melibatkan pelbagai agensi seperti Lembaga Tabung Haji, Jabatan Imigresen, institut pengajian tinggi awam dan swasta serta lain-lain,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori