SEJAK berita kegoyahan rumah tangganya hangat diperkatakan di media massa, Datuk Eizlan Yusof dilihat belum lagi tampil memberikan sebarang kenyataan, hinggalah hari ini menerusi sebuah akhbar.
Masalah rumah tangga Eizlan diketahui umum selepas isterinya, Datin Vie Shanti memfailkan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 18 November lalu.
BACA: Isteri Eizlan Yusuf Fail Pengesahan Lafaz Cerai
Menerusi laporan disiarkan Berita Harian hari ini, Eizlan dikatakan mengakui masih menyayangi isteri dan kini sedang berusaha untuk mempertahankan rumah tangganya.
“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya. Aku tak boleh komen apa-apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya.
“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku tak nak berpisah. Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” katanya.
Nampak gaya daripada kenyataan yang dikeluarkan Eizlan ini, dia masih menyayangi isterinya dan berusaha sehabis daya mempertahankan rumah tangganya.
Di bawah kami siarkan antara gambar Eizlan bersama isteri dan anak-anak yang begitu sejuk mata memandang.. hingga tak sangka keluarga yang kelihatan sempurna begini akan ditimpa dugaan hebat.
Justeru marilah kita doakan yang terbaik untuk rumah tangga Eizlan, semoga dia dan isteri buang yang keruh ambil yang jernih, terutama demi anak-ana. – MYNEWSHUB.CC