Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Orang Iceland Tegur Nora...

BUKAN fenomena biasa di sini jika lihat orang sedang melepak dan meluangkan masa...

Rakaman CCTV Willie Mongin...

KUALA LUMPUR - Isu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan...

Tiada Jangkitan Covid-19 Menerusi...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan setakat ini tiada kes jangkitan koronavirus...

157 Pelajar Jalinan Kasih...

KUALA LUMPUR – Kegembiraan jelas terpancar di wajah dua beradik Muhamad Haikal Atuni,...

Elly Mazlein Sah Bergelar Isteri Pengarah Drama

Beberapa kali menunda tarikh perkahwinannya atas sebab-sebab tertentu, akhirnya, penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein sah bergelar isteri kepada Azmi Mohd Hatta yang merupakan seorang pengarah drama.

Majlis tersebut telah berlangsung di Surau As Sakinah kira-kira jam 11.45 pagi tadi, dan pernikahan pasangan sama cantik sama padan itu diwalikan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Syed Hanafi Syed Abdullah.

Memetik laporan dari portal Berita Harian, surau As Sakinah menjadi pilihan untuk majlis itu kerana berhampiran dengan pusara arwah bonda Elly, Sabariah Yoon.

Elly menerima mas kahwin sebanyak RM 300, manakala wang hantaran dirahsiakan. Dia juga menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak suaminya.

09elly1_cropped.transformed

“Dalam gembira segala-galanya berjalan seperti dirancang, hati saya bercampur baur. Sebak kerana ibu sudah tiada menyaksikan hari bersejarah ini. Saya dan suami pun sepakat untuk tidak mengadakan sebarang majlis selanjutnya.”


Ujarnya lagi, dia kini berazam untuk menjadi isteri yang baik buat pasangannya. Walaupun  Azmi tidak menghalang kerjaya lakonan Elly, namun katanya, tawaran akan diterima hanya di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Diajukan tentang kehadiran dua anak tiri hasil perkahwinan terdahulu suaminya, Elly berkata, dia selesa berkawan rapat dengan mereka yang masing-masing merupakan anak lelaki berusia 13 dan 14 tahun.

“Saya tidak layak dan tidak akan dapat menggantikan peranan ibu mereka. Cukup mereka menerima kehadiran saya. Dengan merekalah saya selalu bersenam termasuk berjogging dan bermain badminton.”

Selesai upacara akad nikah, kedua-dua mempelai kemudiannya diarak menuju ke pusara arwah ibu Elly. Tahniah diucapakan buat Ely Mazlein dan pasangan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori