Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Umum Pakej Pemulih...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas...

Kon Yeow Berbohong Status...

KUALA LUMPUR – Dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kononnya Perdana...

Mayat Bayi Lelaki Dihurung...

KLANG - Mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai ditinggalkan sejak dua hari lalu...

Kena Bunuh Lepas Ugut...

JOHOR BAHRU - Polis percaya berjaya menyelesaikan kes pembunuhan terhadap seorang pemandu lori...

Empat Individu Didenda Cuba Rasuah

Johor Bahru – Empat individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, sebentar tadi atas tuduhan memberi rasuah kepada pegawai dan anggota polis membabitkan keseluruhannya RM2,080, antara Februari hingga September lalu.

Penganggur M Murugan, 22, didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah bagi tuduhan pilihan memberi rasuah RM60 kepada anggota polis supaya tidak mengeluarkan saman terhadapnya yang tidak mempunyai lesen memandu motosikal B2.

Manakala, peniaga Kan Chee Wang, 33, pula dipenjara sehari dan denda RM10,000 kerana tuduhan memberi suapan RM100 kepada anggota polis trafik untuk tidak mengeluarkan saman atas kesalahan menampal logo Persatuan Bekas Polis Malaysia pada nombor plat kenderaan dan gagal memberhentikan kereta apabila diarahkan berbuat demikian.

Seorang tukang masak, Goh Leng Hiong, 34, turut dipenjara sehari dan didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah memberi suapan RM1,620 kepada anggota polis sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakannya yang mempunyai rekod orang dikehendaki polis.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz turut mengenakan hukuman denda RM8,000 terhadap Zurainee Basar, 40, yang mengaku bersalah memberi rasuah RM300 kepada Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan Superintendan Mohd Nadzir Gulam Kadir supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya yang disyaki memilik dadah berbahaya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori