Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kastam Rampas Arak, Daging...

ALOR SETAR - Biar pun sudah lepasi kawalan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang,...

Presiden Mesir Benar Sekat...

KAHERAH - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan pihak berkuasa...

Jangkitan Influenza: Pemain JDT...

KUALA LUMPUR - Seramai 17 pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Citilink Indonesia Sasar Faktor...

SEPANG - Citilink Indonesia, syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) yang utama, menyasarkan faktor...

EPL: Liverpool, Man United Tunjuk Belang

LONDON – Liverpool menamatkan rentetan kekalahan tiga perlawanan berturut-turut selepas gol tunggal Glen Johnson mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Stoke City, awal pagi ini.

Gol itu hadir pada minit ke-85 di Anfield hasil tindakan berani pemain England itu menerbangkan badan menanduk masuk pada paras rendah selepas tandukan terdahulu Rickie Lambert terkena palang.

Dalam perlawanan lain, Manchester United menyambung rentetan kemenangan menewaskan Hull City 3-0.

The Red Devils menang menerusi jaringan Chris Smalling pada minit ke-16, Wayne Rooney (m-42) dan Robin Van Persie, m-66).

Kapten Liverpool, Steven Gerrard tidak diturunkan pada ulangtahun ke-16 dia membuat kemunculan pertama untuk kelab dan jelas anak didik Brendan Rodgers seperti hilang arah tanpanya.

Penyerang Stoke, Bojan Krkic nyaris memberi pelawat gol pendahuluan tetapi rembatannya terkena tiang pada babak kedua.

Namun, Liverpool menunjukkan persembahan lebih berselera selepas Gerrard hadir selaku pemain gantian pada baki 16 minit terakhir.


Pergerakan agresif olehnya menjana serangan dan Johnson tampil menanduk masuk gol kemenangan yang penting untuk pasukan.

Dia turut tercedera bahagian kepala tapi bangkit meneruskan permainan selepas menerima rawatan.

Dalam perlawanan lain, West Ham memintas Newcastle ke tangga kelima liga dengan kemenangan 1-0 di Upton Park.

Gol kemenangan West Ham adalah sumbangan Aaron Cresswell pada minit ke-56.

Sementara itu, QPR keluar daripada tangga tercorot selepas menewaskan Leicester 3-2 di Loftus Road manakala Burnley seri 1-1 ketika menentang Aston Villa di Turf Moor.

Swansea dan Crystal Palace juga seri 1-1 di Stadium Liberty. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • EPL

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori