Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ATM Tahan 5 PATI...

ALOR SETAR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Pasukan Batalion Keempat Rejimen Renjer...

Pemandu Pelancong Didakwa Kendali...

BALIK PULAU - Seorang pemandu pelancong didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari...

Cara Elak Motor Meragam...

SUDAH lumrah untuk warga kota terutama kaum lelaki memiliki motosikal untuk kegunaan harian...

Jangan Buat Amalan Jejaskan...

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia dinasihatkan jangan terikut-ikut dengan perbuatan atau amalan sesetengah...

Bekas Vokalis Exist, Ezad Lazim Mengaku Tak Bersalah Miliki Syabu

BEKAS vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim mengaku tak bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu di Mahkamah Majistret Selayang, semalam.

Memetik Buletin Utama, Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohamad Lazim didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi syabu dengan anggaran berat 0.3 gram.

Ezad ditangkap memiliki syabu ketika berada di Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada jam 1.30 tengah hari, Rabu lalu hasil laporan daripada orang awam.

Bagi pertuduhan itu, Ezad didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


ezad

Pihak mahkamah telah menetapkan 23 Disember ini bagi sebutan semula kes dan Ezad dibenarkan diikat jamin sebanyak RM2,200 dengan seorang penjamin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori