Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Peserta LiSUS Dipanah Petir...

KUALA LUMPUR - Peserta Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua (LiSUS) peringkat kebangsaan, Faizal...

Saman Dr Mahathir Terhadap...

PETALING JAYA - Tindakan guaman yang difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib...

Ahli Parlimen Dapat RM300,000...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM300,000 diperuntukkan kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang untuk...

Masih Ada Juga Ahli...

MUAR - Ketika ada pihak melihat UMNO Bahagian Pagoh yang diterajui Tan Sri...

Facebook Mahu Terbit Akhbar Digital

TENNESSEE, Amerika Syarikat – Laman sosial popular dunia, Facebook bakal menerbitkan akhbar digital kepada lebih berbilion pengguna laman tersebut, sekali gus bakal memberi saingan kepada agensi media tradisi.

Langkah itu diambil sejajar dengan peningkatan penggunaan media sosial selain masyarakat masa kini yang telah beralih mendapatkan maklumat melalui media digital.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dalam satu forum pada awal November lalu berkata, beliau bercita-cita untuk menjadikan Facebook sebagai medium berita dan akhbar terbaik kepada setiap individu di dunia.

Katanya, sebelum ini akhbar menyediakan maklumat yang sama kepada semua pembaca tetapi Facebook boleh menyesuaikannya mengikut minat seseorang selain membawa pelbagai berita dari seluruh dunia, aktiviti komuniti dan berita terkini mengenai rakan atau keluarga.

“Pendekatan yang dibawa oleh Facebook berbeza dengan akhbar. Sama ada usaha itu suatu yang baik atau buruk, ia merupakan sesuatu yang akhbar tradisi tidak dapat lakukan,” kata bekas editor akhbar USA Today, Ken Paulson yang kini bertugas sebagai Dekan Fakulti Komunikasi Universiti Middle Tennessee.


Berita yang bakal dipaparkan oleh Facebook kelak tidak lagi ditentukan oleh wartawan, sebaliknya mengikut kecenderungan dan minat seseorang pengguna Facebook itu sendiri.

Perkara ini dilihat mungkin akan memberi impak besar kepada masyarakat kewartawanan, namun pakar-pakar media berpendapat, konsep berita Facebook adalah lebih kepada menyampaikan apa yang seseorang mahukan. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori