SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon Fasha Sandha yang dikhabarkan sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua, bayi perempuan seberat 2.8 kilogram tepat pada jam 9 pagi, di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri ibu kepada aktres tersebut menerusi laman Instagramnya.
Fasha dan suami, Rizal Ashram Ramli telah memberikan nama Putri Raysha Jemaima buat permata hati mereka.
Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak, Putra Rayfal Ramli, yang kini berusia setahun tujuh bulan. – MYNEWSHUB.CC