REKAAN bangunan dari syarikat arkitek Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd telah dipilih sebagai pemenang bagi reka bentuk menara baharu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2 yang dijangka pembinaannya akan bermula pada akhir tahun hadapan.
Rekaan unik dan kontemporari yang diilhamkan oleh pereka Hijjas Kasturi itu telah memberi nilai tambah kepada kejayaan mereka.
Bangunan setinggi 57 tingkat itu nanti akan menerapkan konsep mesra alam, bangunan karbon rendah dengan mencapai indeks hijau serta sebuah bangunan yang berteknologi tinggi. – MYNEWSHUB.CC