Menara Eiffel di Paris pasti menjadi kegilaan orang yang mengimpikan untuk berada di sana untuk berbulan madu bersama orang tersayang.
Pernahkah anda melihat gambar ketika proses pembinaannya?
Di laman twitter @HistoryInPics, ada dipaparkan gambar seorang pekerja pembinaan menara itu sedang mengecat struktur bangunan itu bertarikh 28 Mac 1953.
Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan hanya bertahan dengan tangannya memegang palang besi dan meregangkan kakinya untuk mengecat menara lagenda itu.
Menara Eiffel terletak di Champ de Mars di ibu negara Perancis, Paris diambil namanya sempena jurutera Gustave Eiffel yang syarikatnya mereka dan membinanya.
Ia ditegakkan pada 1889 dan mendapat kecaman pada mulanya daripada pakar kesenian dan ilmuwan Perancis.
Menara berkenaan menjadi lokasi pelancongan berbayar paling dilawati di dunia iaitu menerima pelawatnya yang ke 250 juta pada tahun 2010.
Seramai 6.8 juta orang telah pun melawat dan menaiki menara itu pada 2011.
Menara Eiffel berketinggian 324 meter dan pernah memegang gelaran Struktur Binaan Manusia Tertinggi Di Dunia selama 41 tahun sehingga bangunan Chrysler di New York City dibina pada tahun 1930. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU K