MASUK hari keempat persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, pelbagai ragam pengunjung dan penjual dapat dilihat memeriahkan Karnival Jualan Gerai yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Terdapat lebih kurang 300 gerai yang menjual pelbagai produk tempatan antaranya makanan, perhiasan rumah, pakaian batik, tudung, kek lapis Sarawak, minyak wangi dan sebagainya.
Yang menarik perhatian di karnival ini pastinya kehadiran wanita-wanita cantik yang menjadi penarik kepada pengunjung untuk hadir ke gerai jualan mereka.
Satu lagi gerai unik ialah gerai menjual ikan terubuk yang diterbangkan khas dari Sarawak, yang mana gerai ini satu-satunya menjual barangan basah pada karnival kali ini.
Dijual dengan harga berpatutan sebanyak RM15 seekor, ternyata gerai ini merupakan salah satu daripada gerai yang paling mendapat sambutan daripada penggemar ikan tersebut.
Jom kita lihat gelagat-gelagat menarik pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung  hari ini! – MYNEWSHUB.CC
Oleh :  JULIANA JOHAR  | Foto :  RIZA RAZAKÂÂ