Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

14 Dituduh Anggotai Kumpulan...

GEORGETOWN : Seramai 14 individu termasuk dua wanita dan seorang warga Bangladesh didakwa...

Reaksi Isu Visa Khas...

INGAT lagi pasca 11 September 2001? Kejadian dua pesawat komersil merempuh menara Pusat Dagangan Antarabangsa...

Nasha Akui Tetap Bahagia...

PELAKON dan model berpengalaman, Nasha Aziz yang masih single meskipun umurnya telah melebihi...

Pawang Berjaya ‘Tumpaskan’ Buaya...

PENDUDUK di Desa Sukamandang, Kabupaten Seruyan, Kalimantan Tengah, digemparkan dengan penangkapan seekor buaya...

Gara-Gara Sukakan Ular Masak Grill, Parasit Bersarang Di Kepala

CHINA – Akibat gemar makan makanan eksotik termasuk ular masak grill, seorang budak lelaki yang berusia 11 tahun, Liang Liao tidak menyangka kepalanya menjadi tempat tinggal bagi parasit sepanjang tiga inci.

Parasit berkenaan bergerak bebas di sekeliling otaknya menyebabkan dia sering mengalami sakit kepala.

Liang hanya dirujuk ke hospital oleh ibu bapanya selepas dia mengalami sawan.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut dengan penemuan parasit itu yang dikenalpasti sebagai sparganosis.

Susulan itu satu pembedahan telah dijalankan dan sparganosis telah dibuang.


Sparganosis sering hidup dalam badan manusia apabila seseorang itu makan makanan tercemar daripada anjing, ular, katak dan babi, jika ia tidak dimasak dengan sempuna.

Dalam pada itu, bapa budak terbabit, Liang Chao berkata anaknya itu sering makan makanan yang dijual di jalanan dan jarang makan makanan yang dimasak di rumah.

“Saya tidak tahu kenapa dia makan makanan yang menjijikkan itu dan dia pernah memberitahu saya dia makan ular masak grill.

“Saya ragu-ragu penjual menjual makanan yang bersih. Dia hanya berusia 11 tahun dan tidak tahu membezakan antara yang bersih dan kotor,’’ katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori