Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Najwa Makin Matang, ‘Jauh’...

SUATU masa dahulu, industri muzik tempatan pernah dilanda 'demam' lagu Cinta Muka Buku...

Jumlah Tikus Di Singapura...

SINGAPURA - Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang mengetatkan usaha penguatkuasaan bagi membasmi jumlah...

Enam Mayat Ditemui Tergantung...

PENDUDUK di Mexico dikejutkan dengan penemuan enam mayat lelaki yang tergantung dari atas...

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul...

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia...

Gazebo Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Kayu Di Changloon

JITRA – Sebanyak 11 gazebo atau pondok kecil untuk berehat turut musnah dalam kebakaran bengkel pertukangan kayu di Kilometer 21, Simpang Tiga Asun, Jalan Changloon dekat sini, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 pagi.

Pemilkinya, Sabri Ahmad, 37, berkata keseluruhan bengkelnya terbakar termasuk bahan kayu yang belum digunakan.

Beliau berkata, seorang pekerjanya yang tinggal berhampiran bengkel berkenaan meghubunginya mengenai kebakaran itu, selepas dimaklumkan pekerja kedai makanan berhampiran.


Beliau berkata, beliau kerugian kira-kira RM300,000.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hafizie Hassan, berkata pihaknya menghantar 19 anggota dan tiga jentera untuk memadam kebakaran yang dapat dikawal pada jam 3.43 pagi. Punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori