Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana kembali ‘meriah’ dengan gegak gempita suara penyokong yang hadir di perkarangan Istana Kehakiman, Putrajaya.
Sebelum ini, suasana agak reda jika dibandingkan pada awal perbicaraan, namun kerana jangkaan keputusan bakal diumumkan pada hari ini, maka berpusu-pusulah baik penyokong Anwar, mahu pun Saiful.
Menerusi video yang dirakam Mynewshub di Istana Kehakiman, para penyokong Anwar yang menyarungkan baju bertulis ‘Rakyat Hakim Negara’, hadir lebih awal sejak pagi dan kelihatan bersemangat melaungkan kata-kata sokongan kepada pemimpin pembangkang tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=R-5npD2XL0A&list=UU78eQrj9L-rgLHoSw-FbMWQ
Antara mereka, adalah segerombolan masyarakat berketurunan India yang tidak dapat dipastikan dari cabang PKR mana.
Bilangan mereka yang ramai membenarkan telahan bahawa kehadiran pada hari ini dibawa khas pihak Anwar bagi menunjukkan sokongan yang kononnya berbilang kaum terhadap beliau.
Berdasarkan pemerhatian terdapat pihak didapati menyediakan bungkusan makanan dan minuman untuk diedarkan kepada mereka bagi mengalas perut.. jadi tenaga untuk terus bersorak tak surut kot?
Dalam pada itu, menjelang tengah hari, penyokong Saiful Bukhari Azlan mula kelihatan di perkarangan Istana Kehakiman.
Optimis dengan keputusan mahkamah yang akan memihak Saiful, para penyokong ini melaungkan ungkapan ‘tangkap Anwar’ dan ‘hukum Anwar’.
Turut kelihatan sepanduk tertulis ‘PKR, Anwar, Jangan Cabar Mahkamah’, ‘Keadilan Untuk Saiful, ‘Kami Mahu Keadilan’, ‘Anwar, Rakyat Bukan Keldai Kamu’ dan ‘Hormat Keputusan Mahkamah’
“Kita semakin panas semakin kuat. Tangkap Anwar, hukum Anwar,” ujar salah seorang mereka.
Mereka juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dipaparkan media semalam tentang wang sogokan RM 30 yang diterima untuk hadir di situ. – MYNEWSHUB.CC
GAMBAR/VIDEO: RIZA RAZAKÂÂÂ