Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

173 Kes Baharu HIV...

KUANTAN - Sebanyak 173 kes baharu HIV direkodkan di Pahang pada pada tahun...

Ifa Raziah Diundang Jadi...

PENYANYI dangdut Ifa Raziah tidak menyangka dia menerima tawaran untuk bertindak sebagai pengkritik...

Nicol Gagal Pertahan Kejuaraan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David memulakan musim 2015 dengan...

Barangan Keperluan Musim Perayaan...

RAUB – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang memberi jaminan...

Gerakan Kesederhanaan Kerajaan Berasaskan Ajaran Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mempertikai dan mengaitkan gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan dengan ajaran liberalisme.

Beliau berkata dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan adalah berdasarkan ajaran Islam seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.

“Gerakan kesederhanaan (kerajaan) adalah berdasarkan ajaran Islam seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW ‘Berbuatlah kebaikan sebaiknya dengan ikhlas dan sederhana, ambillah jalan yang lurus dan sederhana di mana engkau akan sampai ke destinasi yang dituju, yakni syurga’,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakaman audio Siaran Radio Perdana Menteri yang dimuat naik dalam blog NajibRazak.com hari ini.

Najib memperjuangkan pendekatan kesederhanaan sejak 2010 bagi menangani pelbagai konflik politik dunia termasuk memerangi keganasan, dan langkah itu mendapat pujian pihak luar termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) baru-baru ini.


Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempertikai pendekatan itu dan mengaitkan gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan dengan ajaran liberalisme.

Perdana Menteri berkata gerakan kesederhanaan yang dibawa kerajaan sebenarnya adalah mengenai kesederhanaan dalam hidup, seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam rakaman audio berdurasi 1.35 minit itu, Najib turut mengingatkan umat Islam supaya tidak terjebak dengan golongan ekstremisme dan liberalisme yang semakin menular.

Beliau berkata sebaliknya, umat Islam perlu mengikut ajaran kesederhanaan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori