Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Banjir: 200 Pengguna Jalan...

KOTA TINGGI - Kira- kira 200 pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Jalan...

AirAsia X Mula Perkhidmatan...

NEW DELHI - AirAsia X akan memulakan penerbangan ke Amritsar, bandar di utara...

Lelaki Bunuh Kucing Dalam...

SELAYANG - Seorang pekerja kontrak yang videonya tular berhubung kejadian membunuh kucing bunting...

Kes Bunuh Zulfarhan: Tertuduh...

KUALA LUMPUR - Tertuduh ke-6 dalam perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti...

GMSN Beri Pemahaman Lebih Baik Di Universiti Australia

CANBERRA – Pusat Rangkaian Pengajian Global Malaysia di Australian National University (GMSN@ANU) dilancar di sini, Rabu sambil Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan harapan pusat berkenaan akan memberi pemahaman yang lebih baik tentang Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata GMSN@ANU akan menjadi platform penting bagi para sarjana dalam bidang pengajian tentang Malaysia untuk menjalankan kajian menyeluruh dan memberi maklumat yang seimbang tentang politik, ekonomi dan masyarakat Malaysia.

“Saya percaya penyelidikan akademik yang bebas, objektif dan mendalam tentang pelbagai aspek kehidupan politik dan sosial akan membantu masyarakat antarabangsa memahami lebih baik tentang Malaysia dan mengelak sebarang pandangan serong terhadap negara kita,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Australian National University dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sekali gus menandakan pelancaran GMSN@ANU di Australian University di sini, Rabu.

Acara ini adalah sebahagian daripada lawatan kerja tiga hari Muhyiddin di Canberra dan Perth sehingga esok.

Muhyiddin mengumumkan kerajaan Malaysia melalui UKM akan menyumbang AUD150,000 (RM436,500) setiap tahun kepada GMSN@ANU selama lima tahun untuk menyediakan dana penyelidikan dan kerjasama akademik lain dalam bidang pengajian tentang Malaysia.

Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, sebagai rakan sejawat Malaysia untuk GMSN@ANU juga akan menerima sebanyak RM500,000 setiap tahun daripada kerajaan Malaysia.


Disaksikan Muhyiddin, MoU itu ditandatangani oleh Naib Canselor dan Presiden ANU Prof Ian Young, Dekan Kolej ANU bagi Asia dan Pasifik Prof Veronica Taylor, Naib Canselor UKM Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Pengarah KITA Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Muhyiddin berkata beliau gembira melihat penubuhan sebuah program khas tentang pengajian Malaysia, yang beliau bincangkan dengan Young dan Dr John Funston, seorang ahli akademik terkemuka, semasa lawatannya ke ANU pada 2011, kini menjadi realiti.

Beliau menjelaskan, berbanding mencipta sebuah program kursi Pengajian Malaysia, penubuhan GMSN@ANU ini, mungkin pilihan lebih baik. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori