Syarikat pengeluar peranti pintar mewah, Gresso telah dikenali umum melalui rekaan mewah cengkerang luar iPhone 4 dengan harga yang sangat tidak masuk akal.
Kini, mereka memperkenalkan sebuah peranti Android yang diberi nama Gresso R1.
Peranti dengan skrin 5 inci HD penuh ini diperkasakan pemproses 1.5 GHz empat teras, 2 GB RAM, muatan dalaman 32 GB dan kamera utama sebesar 13 Megapixel.
Dengan menggunakan logam titanium sebagai binaan utama, harga jualan bagi seunit adalah sekitar USD3000 (RM10, 000).
Yang kami rasakan sedikit kekurangan ialah Gresso R1 masih menggunakan sistem operasi Android 4.2.2.
Dari segi spesifikasi juga ia jauh ketinggalan berbanding peranti premium yang wujud di pasaran.
Pesaing utamanya, iaitu Vertu Aster pula dilengkapi pemproses 2.3 GHz empat teras Snapdrgon 801, dimana spesifikasi tersebut jelas menunjukkan lebih tinggi berbanding Gresso R1.
Jadi pilihan pihak Gresso menggunakan chip pemproses yang sudah ketinggalan zaman adalah sedikit menghairankan.
Walau bagaimanapun, bentuk peranti Gresso R1 ini sememangnya sangat memukau mata kerana gabungan logam titanium dan peranti pintar sememangnya sangat bersifat kelakian.
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC