Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ibu Tenat, Rakam Ucapan...

MENYEDARI  bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah...

Pelajar IPT Nyaris Maut...

SHAH ALAM - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi nyaris maut selepas kereta...

Suami Isteri Parah Diserang...

Telupid - Suami isteri parah apabila diserang dan dipijak sekawanan gajah liar dalam...

Hadiah Menang Piala Malaysia,...

Kerajaan Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Hari Isnin, 3 November 2014 sebagai...

Guan Eng Desak Polis Ambil Tindakan Terhadap Mohd Zaidi

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu polis menyiasat Datuk Mohd Zaidi Mohd Said kerana didakwa melakukan jenayah fitnah dan hasutan.

Beliau berkata laporan polis akan dibuat terhadap Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh itu berhubung kenyataannya yang mendakwa kekuatan politik dan ekonomi masyarakat Cina di Pulau Pinang berpunca daripada aktiviti ekonomi haram.

Lim berkata demikian dalam satu kenyataan pada Ahad bahawa tindakan itu perlu dilakukan bagi mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang.

Menurutnya, Mohd Zaidi seharusnya mempunyai keberanian untuk memberikan maklumat mengenai kegiatan perjudian, pelacuran dan pusat hiburan yang beroperasi secara haram di Pulau Pinang kepada pihak polis.

Semasa perbahasannya pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014, Jumaat lalu, Mohd Zaidi didakwa sebuah portal berita sebagai berkata, orang Cina di Pulau Pinang memperoleh wang dan mendapatkan kuasa politik dengan terlibat dalam kegiatan ekonomi haram. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori