Kerajaan Pahang mengumumkan Cuti Peristiwa sehari pada Hari Isnin, 3 November 2014 sebagai menghargai kemenangan Pasukan Pahang dalam Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2014.ÂÂ
Pengumuman ini mengambil kira bahawa permainan Bola Sepak adalah permainan rakyat dan menjadi juara bukan perkara yang boleh diraih setiap tahun.ÂÂ
Semua pegawai, guru, yang terlibat dengan Peperiksaan SPM yang bermula pada 3 November 2014 hendaklah meneruskan tugas seperti biasa. Semua pelajar yang terlibat mesti menduduki Peperiksaan SPM.ÂÂ
Datuk Seri Adnan Yaakob
Menteri Besar Pahang