Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Siap Dibina, Masjid Perodua...

SELEPAS dua tahun pembinaan, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah menyiapkan sebuah...

‘Tidur’ 3 Jam Di...

VENLO - Seorang lelaki menggadai nyawa selepas berbaring di atas sebutir bom lama...

Bekas Pesakit COVID-19 Turun...

KUALA TERENGGANU - Pengalaman dikuarantin selama 14 hari ketika menjalani rawatan COVID-19, telah...

Gosip Cerai Kali Kedua,...

BARU dua tahun mendirikan rumah tangga, tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan pelakon komedi,...

Hampir 5 Juta Penduduk Di Mali Kelaparan

NEW YORK – Pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, faktor kemarau berpanjangan, hasil pertanian merosot dan konflik politik di Mali menyebabkan kira-kira 4.75 juta penduduknya kini tidak mempunyai makanan yang mencukupi.

Selain itu, hampir setengah juta kanak-kanak di negara ini akan berdepan dengan masalah kekurangan makanan seimbang atau malnutrisi yang teruk menjelang hujung tahun ini.

Pengarah Kecemasan UNICEF, Afshan Khan, berkata kadar kekurangan makanan seimbang di Mali kini bersaing dengan negara dalam krisis seperti di Selatan Sudan dan Semenanjung Afrika.

Pengarah Operasi Kemanusiaan PBB, John Ging, pula memberi amaran tanpa peruntukan tambahan pihaknya menjangkakan keadaan itu bertambah buruk.


Mengikut penilaian Ging pada Jun lalu, hampir 500,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun kini berisiko tanpa makanan seimbang dan berzat manakala 1.5 juta penduduk berdepan dengan kehidupan tanpa makanan. – AP

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • PBB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori