Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

PH Tawar Dasar Jelas...

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) menawarkan satu dasar yang jelas sekiranya memenangi Pilihan...

Yusof Tegur Kerajaan –...

"DENGARKAN ini baik-baik. Kalau benar ingin membangunkan negara ini, negara ini sudah pun...

FAM: Gantung Terus Pemain,...

KOTA KINABALU - Pemain dan pegawai bola sepak yang terlibat dalam mengatur keputusan...

Gerakan Pilih Calon PRU...

SHAH ALAM - Pemilihan calon Gerakan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan...

Harga Kereta Di Singapura Paling MAHAL Di Dunia

SINGAPURA – Jika berminat membeli kereta di Singapura, anda boleh dianggap sebagai antara orang terkaya di republik itu kerana orang kebanyakan hanya mampu menaiki pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja atau bersiar-siar waktu cuti.

Semalam pemerintah Singapura mengumumkan kadar bidaan premium terbaharu untuk mendapatkan sijil kelayakan atau certificate of entitlement (COE) bagi individu membeli kereta baharu sebagai rekod paling tinggi dalam sejarah sejak diwujudkan pada 1990.

Media tempatan hari ini melaporkan, kadar COE untuk kereta kategori A iaitu kuasa kuda 1,600cc sehingga kereta saiz kecil di bawah 130bhp ditutup pada serendah S$67,889 (RM175,144) berbanding kadar lama bulan lalu ditetapkan S$64,900 (RM167,433).

Manakala premium untuk kereta saiz besar lebih 1,600cc iaitu kategori B menokok daripada S$70,890 (RM182,896) kepada S$72,890 (RM188,056). Namun kadar untuk motosikal pula turun kepada S$4,189 (RM10,807) daripada sebelum itu S$7,130 (RM18,395).

COE kenderaan perdagangan termasuk bas, lori dan van komersial naik kepada S$65,001 (RM167,702) daripada S$63,701 (RM164,348) sementara kategori terbuka semua jenis kenderaan ialah S$73,900 (RM190,662) berbanding S$71,300 (RM183,954).


Kebiasaannya, bakal pembeli kereta di sini perlu membida COE terlebih dahulu sebelum dapat membeli kereta dan proses bidaan amat sengit kerana pemerintah menetapkan kuota 2,000 COE sahaja pada setiap kali proses bidaan yang dilakukan setiap bulan.

Ini bermakna hanya bidaan tinggi akan berjaya membeli kenderaan idaman masing-masing malah kesukaran itu menyebabkan kadar COE jauh lebih mahal daripada harga sebenar kereta dan ia belum termasuk pelbagai lagi bayaran sampingan ditetapkan pemerintah.

Antaranya semua kenderaan di Singapura wajib memasang alat pengesan Electronic Road Pricing (ERP) seumpama Smart Tag di Malaysia kerana banyak laluan utama di republik itu dipasang palang gantri tol ERP bagi mengatasi isu kesesakan teruk pada waktu puncak.

Kadar tol ERP naik mendadak pada waktu sibuk hari bekerja beberapa jam sebelah pagi dan petang sekali gus pemandu yang ingin elak tol tinggi terpaksa cari jalan jauh lain yang tolnya lebih murah atau hanya memasuki laluan sibuk itu di luar waktu puncak.

Akhbar berpengaruh Indonesia, Kompas baru-baru ini melaporkan harga kereta di Singapura paling mahal di dunia dan membuat perbandingan jika membeli sebuah kereta di pulau itu bersamaan tiga buah kereta model sama dijual jirannya di Malaysia. – Agensi

Harga jualan kereta di Singapura tiga kali ganda lebih mahal berbanding model sama yang dijual di Malaysia. – Gambar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori