Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Tunku Ismail Tawar Diri...

JOHOR BAHRU - "Benarkan saya mengemudi pasukan kebangsaan. Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan...

RM5 Juta Baik Pulih...

KUANTAN - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan sebanyak...

Martial Kembali Ke Padang...

ANTHONY Martial kembali ke padang menjalani latihan pra musim bersama Manchester United. Sebelum ini,...

Kurangkan Jemaah Atau Batal...

RIYADH - Arab Saudi dijangka mengurangkan jumlah jemaah atau menangguhkan ibadah haji tahun...

Hari Terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2014

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung Umno 2014, yang akan melabuhkan tirai Sabtu, disambung dengan perbahasan usul ekonomi oleh enam orang lagi perwakilan.

Ia akan disusuli dengan pembentangan dan perbahasan usul agama dan pendidikan oleh 15 perwakilan.

Seperti biasa, tumpuan 2,752 perwakilan Umno kali ini dan rakyat Malaysia di seluruh negara pada hari terakhir ini ialah penggulungan perbahasan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden Umno.

Sesi penggulungan akan berlangsung pada sebelah petang.


Selain kedua-dua pemimpin tertinggi parti itu, ketiga-tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga akan berucap bagi menggulung perbahasan.

Turut dijadual menggulung perbahasan ialah Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin serta seorang wakil anggota Majlis Tertinggi Umno. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori